'Klopp' terkejut Harimau Kumbang baham Penyu - Utusan Malaysia

‘Klopp’ terkejut Harimau Kumbang baham Penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha mengakui kemenangan 4-1 ke atas Terengganu FC di tempat lawan, malam tadi sebagai sesuatu di luar jangkaan.

Pengendali kelahiran Republik Czech itu berkata, karakter ditunjukkan barisan pemain membolehkan skuad Harimau Kumbang pulang ceria walaupun tanpa beberapa tonggak utama.

“Jujurnya saya tidak menyangka tetapi kami menghormati Terengganu FC dan mungkin keputusan ini tidak adil bagi mereka yang selalu beraksi baik.

“Kredit kepada pemain-pemain saya yang melaksanakan tugas dengan aksi menakjubkan,” katanya dalam sidang akhbar malam tadi.

Trucha yang dikenali sebagai Jurgen Klopp Liga Malaysia berkata, Penang FC memanfaatkan kelebihan fizikal pemainnya dan percaturan itu ternyata membuahkan hasil menerusi dua gol awal hasil gerakan sepakan sudut serta tandukan penyerang, Casagrande yang memerangkap tuan rumah.

TOMAS TRUCHA

“Dari awal lagi kami tahu majoriti pemain Terengganu FC bertubuh kecil, jadi Penang FC cuba memanfaatkannya dan berjaya mendapat empat gol.

“Dalam masa sama saya tetap berharap kami boleh mencipta jaringan secara terbuka dan tidak menunggu situasi bola mati,” katanya.

Selepas tamat pusingan pertama Liga Super, Penang FC paling mencuri tumpuan dengan kedudukan di tempat ketiga menerusi 22 mata daripada 11 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya