Kami perlu berlatih untuk Sukan Olimpik - Utusan Malaysia

Kami perlu berlatih untuk Sukan Olimpik

GOH Liu Ying (kanan) dan Chan Peng Soon diberi kelonggaran meneruskan latihan dalam kawasan PKP sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor dan Kuala Lumpur memberi kesan kepada persiapan pemain badminton profesional untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

PKP tersebut menyaksikan semua pusat latihan sukan selain gimnasium terpaksa ditutup sekali lagi selama dua minggu bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

Perkara itu jelas memberi kesan tidak baik kepada atlet yang sedang melakukan persiapan untuk ke Tokyo tambahan kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang seharusnya menjadi medan mencari mata kelayakan ke Sukan Olimpik sudah ditangguhkan.

Pemain beregu campuran, Tan Kian Meng mengakui, ke­a­daan sangat sukar buat pemain profesional seperti dirinya yang sedang bergelut untuk ke Tokyo kerana terpaksa berhadapan dengan PKP sekali lagi dan ia mampu menjejaskan keadaan fizikal serta mental pemain.

Katanya, arahan yang dikeluar­kan kerajaan itu membuatkan semua aktiviti latihan terpaksa dihentikan sementara waktu untuk tempoh dua ming­gu sedangkan mereka kesuntukan masa untuk melakukan persiapan.

“Kami sudah mengemukakan surat kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk mendapatkan kebenaran khas bagi menjalani latihan seperti biasa.

“Bagaimanapun masih belum ada sebarang jawapan ketika ini dan saya berharap kebenaran itu akan diberikan segera,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Sementara itu, seorang lagi pemain profesional, Goh Liu Ying juga menyatakan perkara sama dan mengakui tiada apa yang boleh dilakukan mereka ketika ini selain menunggu kebenaran daripada KBS.

“Memang susah sekarang ini, kami tidak boleh berlatih sebab PKP dan semua pusat latihan tutup. Kami berharap KBS akan memberikan kebenaran kepada kami untuk berlatih,” kata pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya