Juventus layak ke Liga Juara-Juara 'tanpa' Ronaldo - Utusan Malaysia

Juventus layak ke Liga Juara-Juara ‘tanpa’ Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo (dua dari kanan) menonton perlawanan dari bangku simpanan ketika menentang Bologna pada hari terakhir Serie A pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Juventus membuat kejutan menggugurkan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan ‘wajib menang’ pada hari terakhir Serie A pagi tadi.

Ketiadaan bintang Portugal itu bagaimanapun tidak menghalang mereka untuk mengesahkan tiket Liga Juara-Juara selaku pasukan tangga keempat liga selepas menumpaskan Bologna 4-1 dan akan diiringi AC Milan yang menewaskan Atalanta 2-0.

Ronaldo tidak cedera tetapi diketepikan buat kali kedua musim ini. Kali pertama ketika dia baru pulang ke Itali selepas sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Pengendali pasukan, Andrea Pirlo menggugurkan bintang berusia 36 tahun itu atas alasan taktikal dan menggandingkan Alvaro Morata serta Paulo Dybala menerajui serangan.

Menurut Sky Sport Italia, Ronaldo kepenatan dan Pirlo menggugurkan pemain itu berdasarkan sesi latihan terakhir di Continassa.

Juventus dalam laman webnya memberitahu, Ronaldo diketepikan atas persetujuan bersama, sekali gus menolak andaian pemenang Ballon d’Or lima kali itu semakin hampir untuk meninggalkan kelab.

Bagaimanapun menurut portugal sukan The Athletic, biarpun keputusan dibuat secara ‘persetujuan bersama’, ia tidak meredakan spekulasi mengaitkan perpindahan Ronaldo sebaik saja musim ini berakhir.

“Saya tidak sepenuhnya yakin Juventus dan Ronaldo mahu terus bekerjasama selepas musim ini berakhir, namun selepas mempertimbangkan beberapa perkara, senario yang mungkin berlaku adalah dia kekal buat sementara bersama kelab.

“Bagaimanapun saya percaya, Ronaldo atau Juventus sendiri cuba mencari jalan untuk dia meninggalkan pasukan jika berpeluang,” kata sumber rapat Juventus.

Juventus memulakan perlawanan dari kedudukan kelima liga, namun mereka mengambil kesempatan selepas Napoli sekadar seri 1-1 dengan Verona yang menyebabkan pasukan itu jatuh ke tangga kelima.

Jaringan Federico Chiesa, Alvaro Morata dan Adrien Rabiot  memastikan kemenangan Juventus, yang mendahului 3-0 pada babak pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya