Juventus kembali 'bernyawa' - Utusan Malaysia

Juventus kembali ‘bernyawa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Juventus menghidupkan kembali peluang memburu tiket ke Liga Juara-Juara musim depan selepas menumpaskan juara Serie A, Inter Milan 3-2 dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan aksi dengan 10 pemain hari ini.

Dua jaringan Juan Cuadrado dan satu gol menerusi Cristiano Ronaldo memastikan skuad bimbingan Andrea Pirlo naik ke tangga keempat liga dengan 75 mata ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Napoli yang mengumpul 73 mata mampu merampas semula kedudukan keempat jika menang ke atas Fiorentina malam ini.

Dalam aksi di Turin, kedua-dua pasukan dihadiahkan sepakan penalti dan perlawanan banyak dikuasai oleh video bantuan pengadil (VAR).

CRISTIANO Ronaldo meraikan jaringannya.

Ronaldo membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-24, namun Romelu Lukaku menyamakan kedudukan menerusi penalti, 11 minit kemudian.

Tiga minit memasuki waktu kecederaan babak pertama, Juventus kembali di depan menerusi jaringan Cuadrado.

Begitupun tuan rumah terpaksa mengharungi permainan dengan 10 pemain selepas Rodrigo Bentancur dibuang padang pada minit ke-55 kerana menerima kad kuning kedua.

Ketika permainan berbaki 20 minit, Pirlo mengeluarkan Ronaldo dan membawa masuk Alvaro Morata.

JUAN Cuadrado (tengah) muncul wira Juventus dengan meledak dua gol.

Juventus bertambah malang apabila Inter menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol sendiri Giorgio Chiellini pada minit ke-83, namun Cuadrado menyelamatkan skuad Bianconeri dengan meledak gol kemenangan, dua minit sebelum tamat permainan.

Ketika perlawanan menunggu masa untuk ditamatkan, pemain tengah Inter, Marcelo Brozovic dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya