Juara kumpulan jalan paling selamat, naib juara apa saja boleh berlaku - Utusan Malaysia

Juara kumpulan jalan paling selamat, naib juara apa saja boleh berlaku

TAN Cheng Hoe memberi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu memenangi semua baki perlawanan Kumpulan G sebagai jalan paling selamat untuk mengesahkan tiket ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan pusingan akhir Piala Asia 2023 kerana apa saja boleh berlaku jika mereka menamatkan kempen selaku naib juara.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor John berkata, pemotongan mata hanya dilakukan ke atas pasukan tangga kedua kerana mereka perlu menentukan empat pasukan terbaik dalam kalangan lapan kumpulan.

Katanya, sesiapa pun yang muncul naib juara bakal dipotong mata yang dikutip hasil kemenangan ke atas mana-mana pasukan yang menduduki tangga tercorot.

Keputusan itu dibuat untuk bersikap adil terhadap semua pasukan ekoran penarikan diri Korea Utara dalam Kumpulan H, yang turut dibarisi Korea Selatan, Lebanon, Turkeministan dan Sri Lanka.

Kemenangan percuma tidak boleh diberi kepada pasukan dalam Kumpulan H yang sepatutnya berdepan Korea Utara kerana ia akan menyebabkan lebih banyak negara layak ke Piala Asia, selain tidak adil buat negara-negara lain yang memiliki lebih perlawanan.

WINDSOR JOHN

“Kita kena melihat hasil semua perlawanan sebelum menentukan siapa akan layak ke pusingan seterusnya.

“Jika FIFA (badan bola sepak dunia) membuang semua mata yang dikutip dalam Kumpulan H (melibatkan Korea Utara), hanya ada empat pasukan kehilangan mata, jadi itu tidak adil.

“Empat naib juara terbaik daripada lapan kumpulan (selepas ditolak mata) layak ke pusingan seterusnya,” kata Windsor.

Ketika ditanya kenapa tidak memberi kemenangan percuma kepada Turkmenistan, Korea Selatan, Lebanon dan Sri Lanka yang berada dalam kumpulan H, Windsor menegaskan, ia tidak adil untuk menentukan slot empat terbaik (naib juara).

TAN Cheng Hoe memberi arahan kepada pemain dalam sesi latihan di Manama semalam. – IHSAN FAM

“Mata percuma tidak boleh diberikan jika tidak, kita akan mempunyai lebih banyak pasukan layak ke Piala Asia.

“Kami harus menunggu sehingga semua perlawanan berakhir sebelum membatalkan dua keputusan melibatkan pasukan naib juara menentang pasukan tercorot,” katanya.

Ketika ini, Malaysia berada di tangga kelima dalam kedudukan naib juara keseluruhan dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan. Oman di tempat teratas, diikuti Kuwait, Tajikistan dan Uzbekistan.

Begitupun peluang Harimau Malaya untuk layak dari Kumpulan G masih terbuka jika melakar keputusan baik ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand.

Harimau Malaya kini menduduki tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, hasil dua kemenangan ke atas Indonesia selain mengalahkan Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya