JDT bermain ala samseng - Sanusi - Utusan Malaysia

JDT bermain ala samseng – Sanusi

KEM JDT menyerang tempat duduk pasukan Kedah selepas berlaku pertikaman lidah di antara Aidil Sharin Sahak dan Gonzalo Cabrera di Stadium Darul Aman, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor menyifatkan pasukan JDT beraksi ala samseng ketika menentang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Katanya, skuad Harimau Selatan llangsung tidak menghormati tuan rumah biar pun bertandang ke tempat orang.

“Saya dapat satu kesimpulan iaitu JDT ini dia main ala ‘samseng’ sikit’, macam kasta kayangan. Tengoklah semalam ada satu insiden yang hampir berlaku pergaduhan di mana mereka datang kepada jurulatih serta pemain kita, dan buat-buat ‘cengei’ (Bengis)

“Dia datang stadium kita, kampung kita tetapi dia tak hormat langsung kita. Kena ingat, orang Kedah ini buat tenggala (bajak) bendang dan memukul padi di bendang,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, semalam.

Sebaik tamat separuh masa pertama semalam, berlaku kekecohan antara kedua-dua pasukan di mana kem JDT dilihat menerpa ke bangku jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak berikutan berlaku perang mulut antara Aidil dan penyerang sayap mereka, Gonzalo Cabrera sebelum itu.

Kekecohan dilihat berlanjutan hingga ke dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain, namun segalanya reda sebelum perlawanan bersambung.

Kejadian itu turut disaksikan Muhammad Sanusi bersama Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, karakter ditunjukkan JDT itu dirasakan tidak bagus untuk diterapkan dalam sukan.

“Dia nampak kerek, nampak ‘gedebe’. Mungkin kerana pasukan dia kaya atau gaji di mahal sedangkan kita tak ada duit.

“Tak bolehlah buat macam pasukan lain itu belasahan. Walaupun mereka pandai main, kita pun tidaklah bodoh sangat malah hampir menjaringkan dua gol semalam yang cuma terhalang oleh tiang dan palang.

“Kita pun bukan ‘lekeh’ sangat malah mampu memberikan tentangan sengit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya