Jangan takut dengan 'Pak Arab' - Junior - Utusan Malaysia

Jangan takut dengan ‘Pak Arab’ – Junior

Junior Eldstal tidak sabar untuk kembali membantu bola sepak Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lima tahun tidak bersama skuad kebangsaan, Junior Eldstal mengakui banyak perubahan yang berlaku dan telah bersedia bagi mencipta sejarah baharu buat bola sepak Malaysia.

Tambahnya, perkara utama adalah tidak perlu berasa takut untuk berdepan pasukan yang mempunyai ranking lebih baik daripada skuad Harimau Malaya.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan berdepan dua skuad ‘Pak Arab’ iaitu menentang Bahrain dalam aksi persahabatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 4 Jun ini.

Dua pertemuan itu cukup penting buat skuad negara kerana walaupun perlawanan berdepan Bahrain hanya aksi persahabatan, namun ia menjadi ujian terakhir sebelum kempen kelayakan.

Bahrain yang berada di kedudukan 99 dalam ranking dunia dan UAE di tangga 73, kelebihan di atas kertas tampak memihak kepada mereka dengan Harimau Malaya hanya menduduki tempat ke-153.

Bagi Junior Eldstal, aksi berdepan pasukan yang berada di tahap lebih tinggi seperti Bahrain adalah perlawanan yang bagus untuk semua pemain mencabar diri sendiri.

“Kami sampai UAE awal, jadi kami boleh menyesuaikan diri dengan cuaca dan semuanya. Kami boleh persiapkan pasukan, dan melakukan apa yang kami perlu lakukan.

“Jangan takut sangat sebab tengok ranking Bahrain atau aksi mereka lawan Ukraine. Kita kena fokus kepada diri sendiri dan percaya kebolehan dan kemampuan kita di atas padang.

“Dia (Cheng Hoe) memaklumkan jangan takut dengan pasukan lain walaupun kita akan menentang pasukan seperti Bahrain dan UAE. Kita juga boleh menyerang mereka,” kata ketika sidang media yang diadakan secara maya, semalam.

Selepas UAE, Harimau Malaya perlu mengharungi dua lagi baki aksi kelayakan berdepan Vietnam di Stadium Al Maktoum pada 11 Jun dan menentang Thailand di gelanggang sama,15 Jun.

Ketika ditanya mengenai tempatnya dalam kesebelasan utama, Junior menyerahkan keputusan kepada Cheng Hoe sama ada mahu memilih dirinya bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Shahrul Saad di posisi pertahanan tengah atau mengisi tempat Brendan Gan yang digantung bagi aksi menentang UAE.

“Apa yang penting, saya bagi 100 peratus dalam latihan dan dalam perlawanan. Bermain dengan hati untuk negara saya. Tapi itu pilihan jurulatih, kalau dia mahu memang saya ada,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya