MILAN: Inter Milan menamatkan penantian 11 tahun apabila dinobat sebagai juara Serie A buat pertama kali sejak 2010 selepas pesaing terdekat mereka, Atalanta diikat 1-1 oleh Sassuolo hari ini.
Atalanta mengharungi sebahagian besar permainan dengan 10 orang apabila penjaga gol, Pierluigi Gollini dibuang padang pada minit ke-22 dalam aksi di Stadium Mapei.
Luis Muriel mensia-siakan sepakan penalti lewat permainan yang mampu memberikan Atalanta kemenangan dan menangguhkan kejuaraan Inter.
Inter yang menewaskan Crotone 2-0 semalam, mengharapkan Atalanta tercicir mata untuk mengesahkan kejuaraan ketika saingan berbaki empat perlawanan.
Juventus kempunan untuk meraih gelaran liga ke-10 berturut-turut dan kini bersaing memburu tempat untuk ke Liga Juara-Juara musim depan. – AFP