Hidalgo Maradona Pahang - Utusan Malaysia

Hidalgo Maradona Pahang

AKSI Manuel Hidalgo (kanan) ketika membuat penampilan sulung buat Sri Pahang dalam perlawanan Liga Super menentang Selangor di Kuantan kelmarin. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Jurulatih Sri Pahang, Dollah Salleh nyata berpuas hati dengan prestasi pemain import baharu skuad itu terutama Manuel Hidalgo walaupun mencatat keputusan seri 2-2 dengan Selangor.

Dollah nyata tidak lokek memuji pemain kelahiran Agentina itu selepas mampu beraksi seperti diharapkan bekas pemain kebangsaan berkenaan.

Pemain berusia 21 tahun itu membuka jaringan pada minit ke-48 dan sepakan percuma pada masa tambahan babak kedua membantu Abdul Malik menanduk masuk bola untuk menyamakan kedudukan untuk Sri Pahang berkongsi mata dengan pelawat.

“Secara keseluruhannya saya gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pemain terutama import walaupun masih keletihan,” kata Dollah sejurus perlawanan.

Mengakui terkilan kerana Aung Kuang Mann tidak dapat diturunkan kerana gagal memperolehi sijil perpindahan antarabangsa, Dollah tetap gembira apabila tiga import baharu cepat serasi dengan pemain tempatan.

Menurutnya, faktor keletihan menjadi punca utama Kenny Athiie dan Abu Bakar Yakubu tidak diturunkan sepenuh masa kecuali Hildago, tetapi kehadiran mereka memberi sisi berbeza untuk Sri Pahang.

Berikutan prestasi Hidalgo, peminat turut memuji pemain itu yang kini digelar Maradona Pahang kerana turut menjadi idola permata baru Sri Pahang itu.

Sementara itu, pengendali Selangor, Karsten Neitzel nyata kecewa terlepas peluang mempertahankan kemenangan hasil jaringan saat akhir Tok Gajah.

“Selangor hampir membawa pulang tiga mata tetapi kesilapan yang dilakukan pada minit akhir menyebabkan hanya satu mata diperolehi,” katanya.

Beliau gembira dengan kebangkitan anak buahnya yang berjaya mendapat gol selepas ketinggalan 0-1 dan kemudiannya mengatasi Sri Pahang 2-1 tetapi kecewa pada masa tambahan separuh masa kedua hasil gol penyamaan tuan rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya