Hati Pogba, Diallo bersama Palestin - Utusan Malaysia

Hati Pogba, Diallo bersama Palestin

PAUL Pogba (kiri) dan Diallo memegang bendera Palestin ketika mengelilingi padang selepas tamat perlawanan. FOTO AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Paul Pogba dan Amad Diallo mungkin gagal membantu Manchester United melakar kemenangan hari ini, namun kedua-dua pemain diangkat sebagai wira apabila mengibarkan bendera Palestin di Old Trafford ketika pasukannya seri 1-1 dengan Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Pogba diberikan bendera berkenaan oleh penyokong ketika mahu mengelilingi stadium sebagai tanda penghargaan kerana ia adalah perlawanan terakhir United di laman sendiri musim ini.

Pemenang Piala Dunia itu dan Diallo, yang kedua-duanya beragama Islam memegang bendera Palestin di depan 10,000 penonton yang hadir selepas sekatan terhadap Covid-19 dilonggarkan.

PAUL Pogba membawa bendera Palestin di Old Trafford.

“Ayuh pastikan dunia kita selamat dan bebas daripada keganasan. Doa untuk Palestin,” tulis Pogba di Instagram.

Rejim Zionis Israel terus menyerang Gaza yang menyebabkan kematian 213 orang rakyat Palestin termasuk 61 kanak-kanak dan mencederakan lebih 1,400 orang sejak seminggu lalu ketika berdepan pejuang Hamas, menurut kementerian kesihatan di Gaza.

Protes diadakan di seluruh dunia, termasuk bandar-bandar besar Eropah seperti London, Berlin, Madrid dan Paris bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Pemain Leicester City, Hamza Choudhury dan Wesley Fofana sebelum ini menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Chelsea pada final Piala FA dengan memegang bendera negara ketika di Wembley.

Pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny menerusi platform media sosialnya juga menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin yang terus ditekan Israel.

“Hati dan jiwa saya sentiasa memberi sokongan kepada Palestin,” katanya dalam Twitter.

Dua bintang Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane juga antara bintang bola sepak yang menyatakan sokongan kepada Palestin di media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya