Harimau Malaya terima dos kedua vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Harimau Malaya terima dos kedua vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Skuad negara kini ‘tenang’ untuk terbang ke Dubai bagi menghadapi baki perlawanan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini, selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19, sebentar tadi.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akan memanggil anak buahnya berkumpul pada 16 Mei ini bagi menjalani latihan pusat sebelum terbang ke Dubai pada 19 Mei bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Bahrain dan Kuwait, seterusnya mengharungi baki aksi kelayakan.

Jelasnya, suntikan ini bakal memberi ketenangan minda kepadanya dan pemain tatkala jumlah kes positif masih mencatat angka yang membimbangkan menjelang kem latihan pusat, namun beliau optimis barisan pemain akan hadir dalam keadaan kesihatan terbaik.

“Yang penting kita rasa selesa dan dapat rasa tenang dari segi mental sebab kita dapat tengok sekarang kes agak banyak. Sebagai jurulatih saya risau juga kesihatan barisan pemain.

“Dan sudah tentu selepas selesai terima dos kedua kita akan dapat lebih fokus kepada tugasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas selesai mendapatkan suntikan dos kedua di Dewan Seri Seroja di sini, hari ini.

Cheng Hoe dan barisan pegawai pasukan kebangsaan termasuk 29 pemain negara hari ini melengkapkan kitaran vaksin Covid-19 dengan suntikan dos kedua selepas menerima dos pertama pada 19 April lalu.

Malaysia akan bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi berdepan Vietnam (11 Jun) sebelum menamatkan kempen Kumpulan G menentang Thailand pada 15 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya