Harimau Malaya dibolosi tiga gol dalam tempoh 28 minit - Utusan Malaysia

Harimau Malaya dibolosi tiga gol dalam tempoh 28 minit

ArIF Aiman Hanapi mempamer aksi yang agak memberangsangkan bersama skuad senior.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan Kuwait selepas tewas 1-4 dalam aksi persahabatan di Stadium 7he Sevens, Dubai, sebentar tadi.

Biarpun dari awal lagi pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelaskan keputusan perlawanan bukan keutamaannya, namun dibolosi tiga gol dalam tempoh 28 minit membuatkan beliau perlu memandang serius kelemahan benteng pertahanan.

Malaysia yang hanya dibezakan lima anak tangga di belakang Kuwait, yang menduduki ranking ke-148 dunia, terlebih dahulu berpeluang berada di depan menerusi percubaan pemain sayap, Akhyar Rashid tetapi rembatannya  melewati palang pada minit ketiga.

Tersentak dengan serangan itu, Kuwait kembali memperkemaskan serangan dan hasilnya pada minit ke-21 rembatan deras kaki kiri Ahmad Aldhefeery dari luar kotak penalti berjaya menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.

Gol pembukaan itu hanya bertahan tujuh minit sebelum pemain naturalisasi negara, Guilherme de Paula menjaringkan gol penyamaan buat Harimau Malaya selepas menyudahkan hantaran Corbin Ong dari sebelah kiri.

DE Paula meledak gol pertamanya bersama Harimau Malaya.

Akhyar sekali lagi hampir mencetak nama sebagai penjaring namun rembatannya pada minit ke-38 berjaya diselamatkan penjaga gol Kuwait.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga berakhir babak pertama meskipun kedua-dua mempunyai peluang untuk menambah jaringan.

Bersambung babak kedua, Cheng Hoe telah melakukan sembilan pertukaran dengan hanya mengekalkan Syamer Kutty Abba dan De Paula dalam pasukan.

Tiga minit selepas itu, giliran Luqman Hakim Shamsudin menguji penjaga gol Kuwait, namun rembatannya berjaya ditepis keluar.

Hanya dalam tempoh 28 minit, Khairulazhan Khalid menggantikan Farizal, penjaga gol Selangor itu berdepan detik sukar apabila dibolosi tiga gol.

LIRIDON Krasniqi turun dalam perlawanan pertama bersama Malaysia.

Pesta gol Kuwait bermula menerusi tandukan Fahad Alhajeri pada minit ke-55, disusuli ledakan penyerang Kuwait, Shabaib Alkhaldi enam minit kemudian.

Seterusnya, Khairulazhan tewas buat kali ketiga pada minit ke-68 menerusi sepakan percuma deras kapten Kuwait, Fahad Al-Alabraim sekali gus menyaksikan dia digantikan Samuel Somerville lima minit kemudian.

Minit terakhir perlawanan, bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi hampir menjaringkan gol bagi merapatkan jurang jaringan namun percubaannya hanya sedikit melewati palang gol.

Kekalahan itu menyaksikan Kuwait terus menambah rekod kemenangan ke atas Harimau Malaya kepada empat kali selepas memenangi tiga perlawanan sebelum ini iaitu 0-2 dan 6-1 pada tahun 2004 bagi aksi kelayakan Piala Dunia serta 3-0 pada 2013 (aksi persahabatan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya