Harimau Malaya dapat suntikan semangat - Utusan Malaysia

Harimau Malaya dapat suntikan semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya menerima suntikan semangat sebelum berlepas ke Dubai untuk mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila menerima jam tangan edisi terhad G-Shock.

Jam istimewa itu disampaikan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin pada hari kedua kem latihan pasukan negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Malaysia bakal mengharungi tiga baki saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, UAE bulan depan.

Bagaimanapun anak-anak buah Tan Cheng Hoe akan berlepas awal ke Dubai Khamis ini untuk mengharungi dua perlawanan persahabatan.

Mereka bakal memulakan aksi pemanas badan dengan bertemu Kuwait (23 Mei) dan Bahrain pada 28 Mei ini.

Seterusnya menghadapi perlawanan penting bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya