Hamilton takluk GP Sepanyol kali kelima berturut-turut - Utusan Malaysia

Hamilton takluk GP Sepanyol kali kelima berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Lewis Hamilton mengatasi Max Verstappen dalam perlumbaan dramatik ketika menjuarai Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Sepanyol buat kali kelima berturut-turut sebentar tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan pelumba Mercedes itu mengungguli kedudukan pendahulu dunia dengan 94 mata, 14 mata mengatasi Verstappen.

Verstappen menamatkan perlumbaan di tangga kedua, manakala seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas di tempat ketiga.

Dalam perlumbaan keempat musim ini menyaksikan Verstappen mengatasi Hamilton yang bermula di petak pertama, dengan memintasnya pada pusingan pertama.

Bagaimanapun percaturan Mercedes dengan menukar tayar pelumba Britain itu semasa di pit stop berbaloi apabila berupaya memintas Verstappen ketika berbaki enam pusingan.

“Max memulakan perlumbaan dengan cemerlang. Saya hanya mengekori rapat dia.

“Saya mengambil masa yang lama untuk mengatasinya. Max ketinggalan 15 saat di belakang saya. Satu keputusan yang baik.

“Satu percaturan saat-saat akhir yang berbaloi,” kata Hamilton.

Pelumba berusia 36 tahun itu kelmarin menempah petak pertama buat kali ke-100, sebelum melebarkan kemenangan ke-98 sepanjang kariernya hari ini.

Dia turut menyamai rekod Michael Schumacher apabila memenangi enam perlumbaan di GP Sepanyol, dengan lima daripada secara berturut-turut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya