Hamilton sambar petak utama kali ke-100 - Utusan Malaysia

Hamilton sambar petak utama kali ke-100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Juara dunia, Lewis Hamilton muncul pelumba Formula Satu (F1) pertama meraih petak depan buat kali ke-100 dalam Grand Prix (GP) Sepanyol sebentar tadi.

Pemandu Mercedes itu menamatkan sesi kelayakan dengan catatan masa terpantas satu minit, 16.741 saat di Litar Catalunya.

Hamilton, 36, mengenepikan pesaing terdekatnya, Max Verstappen dari Red Bull dengan kelebihan 0.036s, manakala seorang lagi pemandu Mercedes, Valtteri Bottas di tempat ketiga.

Kejayaan terbaru pemandu Britain itu membolehkan dia terus menjarakkan kedudukan dengan Michael Schumacher yang meraih petak utama 68 kali.

“Oh wow. Saya tidak percaya mencatat angka 100.

“Ia hasil kerja keras mereka yang berada di kilang (pengeluar) yang tidak berputus asa untuk memastikan kami terus meraih keputusan terbaik,” kata Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya