Hamilton lakar kemenangan kedua musim ini - Utusan Malaysia

Hamilton lakar kemenangan kedua musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTIMAO: Lewis Hamilton mengatasi Max Verstappen dan Valtteri Bottas untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) dalam Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Algarve sebentar tadi.

Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan pelumba Mercedes itu di tangga teratas carta keseluruhan dengan kelebihan lapan mata di depan tempat kedua, Verstappen yang mengumpul 61 mata.

Hamilton mencatat kemenangan ke-97 sepanjang karier setelah mencatatkan masa terpantas 1 jam 34 minit 31.421 saat, di mana ia merupakan kejayaan keduanya selepas tiga perlumbaan musim ini.

LEWIS Hamilton (depan) mengenepikan Max Verstappen untuk menjuarai Grand Prix Portugal.

Pemandu Red Bull, Verstappen menamatkan saingan di tempat kedua selepas hanya ketinggalan 29.148s di belakang pemenang, manakala rakan sepasukan Hamilton, Bottas, yang memulakan perlumbaan di petak paling hadapan, ketiga (+33.530s).

“Ia satu perlumbaan yang sangat sukar secara fizikal dan mental. Saya tidak dapat memulakan perlumbaan dengan baik kerana ada kesilapan kecil.

“Bagaimanapun saya masih mampu mencatatkan keputusan terbaik pada penghujungnya.

“Hari ini pemanduan saya tidak begitu sempurna dan saya akan menilainya sebagai persediaan untuk perlumbaan di GP Sepanyol nanti (9 Mei ini),” kata juara dunia tujuh kali itu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya