Hafizul tarik balik saman penyokong - Utusan Malaysia

Hafizul tarik balik saman penyokong

HAFIZUL Hakim Khairul Nizam Jothi (kiri) bersama penyokong yang hanya dikenali sebagai Wan dalam sidang akhbar di Ipoh hari ini.- UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Hampir 12 jam selepas menyaman seorang peminat, penjaga gol utama Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothi menarik balik tindakannya itu.

Hafizul mengambil tindakan itu kerana tidak mahu isu itu berpanjangan serta kasihankan pelaku.

“Saya tidak mahu panjangkan isu. Cukuplah sampai di sini sahaja

“Jadi saya tarik balik saman tapi laporan polis kena tunggu dahulu.

“Saya sedang berbincang dengan pihak polis kerana perkara ini sedang dalam siasatan,” katanya dalam sidang akhbar khas di Stadium Perak hari ini.

Penjaga gol Perak itu menyaman peminat tersebut RM5 juta kerana memfitnahnya sebagai orang yang menurunkan bendera Perak separuh tiang semasa kejadian boikot latihan, malam Jumaat lalu.

Dalam kejadian antara pukul 9 malam hingga 11.30 malam itu beberapa tiang bendera Perak berada separuh tiang.

Turut hadir seorang peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Wan.

Wan, 32 berkata dia hanya bergurau dan tidak berniat untuk menimbulkan masalah kepada Hafizul.

“Bagaimanapun apabila menyedari dia serius menyaman saya, saya insaf bahawa saya sudah keterlaluan.

“Saya benar-benar minta maaf. Saya tersilap dan berjanji tidak akan mengulanginya,” katanya.

Wan menasihatkan peminat-peminat Perak supaya tidak keterlaluan dalam membuat teguran kerana boleh menyinggung perasaan orang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya