Hafizh raih tujuh mata di Mugello - Utusan Malaysia

Hafizh raih tujuh mata di Mugello

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula di petak ke-20, pelumba Moto 2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mempamer tunggangan memukau apabila menamatkan  Grand Prix (GP) Itali di tempat kesembilan, sebentar tadi.

Itu adalah pencapaian terbaik Hafizh bersama pasukan NTS RW Racing GP musim ini selepas berjaya meraih satu mata dalam perlumbaan GP Le Mans.

Pelumba negara itu sepatutnya mampu meraih kedudukan kelapan namun dipintas pada saat akhir oleh Cameron Beaubier yang mewakili pasukan American Racing.

Hafizh ketinggalan 34.849 saat (s) di belakang juara Remy Gardner dari pasukan Red Bull KTM Ajo yang menamatkan melepasi garisan penamat dengan catatan masa 39 minit 17.667s.

Melengkapkan tempat kedua dan ketiga adalah Raul Fernandez (+0.014) serta pelumba Sky Racing Team, Marco Bezzecchi (+8.021)

Pencapaian itu membuktikan Hafizh semakin serasi dengan jentera baru NTS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya