Guardiola kalah dengan taktikal Tuchel - Utusan Malaysia

Guardiola kalah dengan taktikal Tuchel

THOMAS Tuchel (kiri) meraikan kemenangan bersama pemain Chelsea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO: Pep Guardiola mengakui, dia terpaksa melakukan perubahan ‘berani’ disebabkan oleh sistem Thomas Tuchel yang rumit.

Guardiola mengejutkan peminat apabila tidak menyenaraikan Fernandinho dan Rodri dalam kesebelasan utama, manakala Kevin de Bruyne mengetuai rangkaian serangan bersama Raheem Sterling serta Riyad Mahrez.

Kata Guardiola, taktikal Tuchel sukar dibaca dan dia perlu melakukan taktikal yang tidak dijangka, namun strategi tersebut gagal membantu pasukannya menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas tumpas 0-1.

PEP Guardiola tewas dalam pertarungan taktikal dengan Thomas Tuchel.

“Kami perlu melakukan perubahan untuk menang. Kami kena menyerang, kemudian bertahan dan menyerang semula.

“Semua pemain perlu beraksi di semua posisi. Strategi ini amat menjadi di awal permainan tapi tidak berakhir dengan kemenangan.

“Mereka (Chelsea) bermain dengan satu sistem, lima di belakang. Jadi, kami kena meletakkan pemain spesifik untuk berada di sesuatu kawasan. Strategi kami dibuat berdasarkan taktikal Chelsea,” kata Guardiola.

Guardiola menurunkan Sterling biarpun pemain sayap England itu jarang beraksi dalam kesebelasan utama sejak beberapa minggu dan kehadirannya kurang membawa impak.

Dua penyerang, Sergio Aguero dan Gabriel Jesus turut ditinggalkan di bangku simpanan. Jurulatih dari Sepanyol itu sebaliknya menurunkan Bernardo Silva untuk menambah kreativiti di tengah padang.

Memilih Sterling di sayap kiri memaksa dia mengeluarkan Phil Foden dari posisi asalnya yang amat efektif selama ini.

PEP Guardiola memberi arahan kepada Raheem Sterling ketika menentang Chelsea di Porto. – AFP

Keputusan meletakkan De Bruyne, pemain yang selama ini cemerlang di bahagian tengah sebagai penyerang turut tidak menjadi. Bintang Belgium itu seperti keliru dengan peranan yang sepatutnya dimainkan.

Skuad Citizens terdesak untuk menukar corak permainan selepas kalah dalam dua pertemuan terakhir menentang Blues. Mereka tumpas 0-1 dalam separuh akhir Piala FA pada 18 April, diikuti kekalahan 1-2 dalam aksi Liga Perdana di Etihad pada 9 Mei.

“Saya fikir ia keputusan terbaik (pemilihan pasukan).

“Ilkay (Gundogan) sudah memainkan peranan yang sama banyak kali sebelum ini. Saya memilih pasukan untuk memenangi perlawanan,” kata Guardiola.

KAI Havertz (kiri) menjulang trofi Liga Juara-Juara bersama Timo Werner. – AFP

Selepas dua kali menjulang kejuaraan Eropah bersama Barcelona, Guardiola akhirnya bertemu pakar strategi sebenar, Tuchel yang menggagalkan hasratnya untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga.

Pada ketika Guardiola berfikiran terlalu jauh, Tuchel sebaliknya menggunakan pendekatan mudah dan strategi sama yang diterapkan kepada Chelsea selama ini – bermain serangan balas dan menembusi benteng lawan menerusi larian-larian deras Kai Havertz, Mason Mount dan Timo Werner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya