Geran khas mampu kurangkan beban operator sukan - Utusan Malaysia

Geran khas mampu kurangkan beban operator sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemberian bantuan berbentuk geran yang akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi mampu mengurangkan bebanan yang ditanggung penggiat sektor sukan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) esok.

Meskipun perincian mengenainya belum diumumkan, namun usaha yang sedang dilakukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kementerian Kewangan itu dilihat akan memberi impak positif kepada mereka yang terkesan.

Bekas pemain No.1 dunia yang juga pemilik kelab badminton RHBC, Roslin Hashim mengakui, bantuan berbentuk geran seperti itu adalah sangat baik khususnya kepada operator sukan seperti dirinya yang kehilangan punca pendapatan sepanjang PKP.

Katanya, semasa PKP 1.0 sebelum ini, KBS juga menyediakan bantuan kepada operator seperti dirinya tetapi dia tidak berjaya mendapatkannya kerana terlewat membuat permohonan.

“Saya tahu, KBS ada sediakan pelbagai bantuan sejak PKP1.0 tetapi tidak ramai yang tahu mengenainya. Apa pun bagi saya bantuan macam geran ini sangat elok terutama buat golongan yang terkesan seperti kami,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, pengusaha Akademi Badminton IszzBrothers, Iskandar Zulkarnain Zainuddin berharap kerajaan akan menyediakan bantuan seperti itu buat pengusaha baharu sepertinya terutama dalam situasi PKP 3.0.

“Kelab kami ini masih baharu, tidak sampai setahun lagi sebelum ni terpaksa tutup sekejap untuk PKP 1.0 dan 2.0, jadi memang susah.

“Seandainya ada bantuan, memang kami akan cuba mohon untuk memastikan kelab ini terus berjalan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya