Geran Khas bantu operator, pengusaha sukan terjejas - Utusan Malaysia

Geran Khas bantu operator, pengusaha sukan terjejas

WASITAH MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam proses mendapatkan bantuan tambahan daripada Kementerian Kewangan melalui Geran Bantuan khusus yang akan diberikan kepada operator dan pengusaha sektor sukan.

Ketua Pengarah Jabatan ­Belia dan Sukan Negara, Datuk Dr. Wasitah Mohd. Yusof berkata, geran khas itu adalah bagi membantu mereka yang benar-benar terjejas akibat Covid-19 dan perkara itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“KBS sentiasa peka dan prihatin dengan keresahan yang melanda pengusaha sektor sukan dan rekreasi ini dan suara mereka sentiasa diberikan perhatian.

“Inisitaif baharu ini akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Dalam perkembangan sama, Wasitah memberitahu, para pengusaha juga boleh mendapatkan pinjaman daripada Tekun Nasional dalam usaha untuk meneruskan perniagaan masing-masing dan jangan terlalu bimbang dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Katanya, sehingga sekarang sebanyak 22 permohonan sudah diluluskan sejak mula diumumkan pada November lalu.

Pihak Tekun sudah mengeluarkan pembiayaan hampir RM1 juta untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.

“Para pengusaha yang terkesan, boleh hadir ke mana-mana cawangan Tekun bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai kedudukan mereka selain melihat syarat-syarat yang ditetapkan.

“Mereka juga akan diberikan pengecualian bayaran selama tiga bulan sekiranya berlaku situasi seperti PKP ini.

“Selain Tekun, kerajaan juga sedang mengadakan perbi­ncangan bersama Bank Rakyat bagi tujuan sama.

“Perkara ini akan diumumkan tidak lama lagi,” kata ­Wasitah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya