Gastak gesa wujudkan entiti baharu ganti PSM - Utusan Malaysia

Gastak gesa wujudkan entiti baharu ganti PSM

Zuraidin Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) menggesa sebuah entiti baharu segera diwujudkan bagi menggantikan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam melonjakkan semula sukan berkenaan di negara ini.

Presiden Gastak, Zuraidin Abdullah berkata, kewujudan entiti baharu selari dengan penggantungan yang dikenakan terhadap Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) pada 5 Mei lalu.

Menurutnya, kerjasama melibatkan pelbagai pihak itu perlu mempunyai hala tuju, visi dan misi yang jelas dalam memulihkan semula imej sukan takraw di negara ini.

“Gastak tidak mahu lagi badan induk sepak takraw negara tercalar dengan pelbagai isu selepas ini. Kita percaya selama 18 tahun lalu PSM telah gagal untuk melaksanakan pembaharuan.

“Justeru, kami mahu membentuk lapisan pemimpin, barisan pengurusan baharu, berwibawa dan ikhlas dalam mengembalikan semula imej sepak takraw negara ke peringkat lebih tinggi selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Persatuan Sepaktakraw Negeri Johor (PSTJ), Persatuan Sepaktakraw Selangor (PSS) dan Sepaktakraw Negeri Kedah (Pestak) mengikut jejak langkah Gastak dengan mengumumkan pengunduran dari PSM.

Zuraidin memberitahu, kewujudan entiti baru itu telah mendapat sokongan daripada tiga persatuan yang telah mengikut jejak langkah Gastak.

Katanya, satu kerangka blue print jangka panjang akan disediakan di dalam memastikan hala tuju sukan sepak takraw untuk
tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

“Komitmen Gastak dan rakan-rakan bukanlah satu cakap kosong. Kami telah berbincang secara terperinci dan ia bukanlah satu perkara yang mustahil.

“Apa yang penting, segala langkah ini akan dilaksanakan dengan ikhlas tanpa sebarang kepentingan peribadi. Paling utama, kami telah menyatakan komitmen untuk berusaha dengan gigih untuk mencapai matlamat ini,” ujarnya.

Zuraidin berkata, Gastak dan rakan-rakan lain akan berusaha untuk mendapatkan penaja bagi membiayai kos pelaksanaan program selain daripada bantuan yang kita harap dapat disediakan oleh kerajaan.

Katanya, jika seluruh peminat dapat memberi sokongan kepada enti baharu itu impian mengembalikan semula zaman kegemilangan sukan sepak takraw akan terlaksana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya