FAM lebih terbuka terima pandangan - Utusan Malaysia

FAM lebih terbuka terima pandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corporation Berhad (BCorp), Abdul Jalil Abdul Rasheed antara sembilan individu yang menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden atau Presidential Task Force (PTF).

Kesembilan individu terbabit yang dipilih terdiri daripada antaranya dalam kalangan peneraju korporat, syarikat berkaitan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik, penyokong bola sepak, media serta kerabat diraja.

Mereka semua telah dipilih sendiri oleh presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan beliau berharap menerusi pertubuhan pasukan ini, akan lebih banyak idea-idea yang mampu memajukan bola sepak negara ke tahap lebih baik.

“PTF ini bertujuan memberi peluang kepada individu-individu yang bukan dari persatuan bola sepak negeri untuk menyumbang idea membantu Presiden FAM merencanakan hala tuju badan induk itu.

“Dalam mengumpul maklumat sebagai usaha mencanai idea-idea baharu yang bernas, PTF diberi hak untuk mengadakan sesi perbincangan dengan pemegang taruh industri bola sepak.

“FAM berharap individu-individu yang telah dilantik ini dapat memainkan peranan masing-masing dalam memberikan pendapat serta idea bernas demi membantu Presiden FAM bagi mendapatkan input daripada pihak yang luar dari kelompok biasa pemegang taruh bola sepak negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain Jalil, PTF turut dianggotai Tengku Salehuddin Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj (Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor), Datuk Ruzain Idri (Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia), Khairul Kamarudin (CEO Bank Muamalat Malaysia Berhad), Dr. Mohd Bahrin Othman (pensyarah) dan Muhammad Tarmizi Abdul Aziz (Ultras Malaya).

Tiga individu lagi adalah Prof. Sivamurugan Pandian (pensyarah), Oii Kin Fai (media) dan juga Dr. Wirdati Mohd Radzi (pensyarah).

Jumlah ahli yang menganggotai PTF boleh ditambah atau dikurangkan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan budi bicara Presiden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya