Fadhil raih emas keirin pula - Utusan Malaysia

Fadhil raih emas keirin pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jika semalam perak, hari ini pelumba basikal trek negara, Fadhil Zonis meraih pingat emas selepas unggul dalam acara keirin Kejohanan Piala Negara-Negara di Hong Kong sebentar tadi.

Pelumba berusia 24 tahun itu memenangi perlumbaan tersebut selepas mengatasi dua pelumba Jepun, Yuta Wakimoto dan Yudai Nitta, yang masing-masing menghuni tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Safwan Nazeri menamatkan saingan pada kedudukan ke-11, manakala Ridwan Sahrom tidak layak ke pusingan repechage.

Fadhil, yang juga pemegang rekod kebangsaan dan Asia dalam acara 1km ujian masa dengan catatan 1:00.305s pada Kejohanan Dunia di Berlin tahun lalu akan meneruskan perjuangan dalam acara pecut.

Selain Fadhil, dua lagi wakil negara yang akan bertanding dalam acara pecut esok adalah Ridwan dan Amar Danial Masri.

Semalam, Fadhil meraih perak menerusi acara 1 kilometer ujian masa individu dengan catatan 1 minit 1.772 saat, iaitu sedakar ketinggalan 0.998s di belakang pemenang emas Felix Grob dari Jerman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya