Ditampar, dibiarkan kelaparan - pendedahan lagenda gimnastik Romania - Utusan Malaysia

Ditampar, dibiarkan kelaparan – pendedahan lagenda gimnastik Romania

Nadia Comaneci kini hidup bahagia di Oklahoma, Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ditampar dan dibiarkan kelaparan antara detik hitam yang dilalui legenda gimnastik Romania, Nadia Comaneci sebelum melakar kejayaan sensasi memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik Montreal 1976 pada usia 15 tahun.

Comaneci membuat pendedahan mengejut mengenai bekas jurulatihnya, Bela Karolyi selepas memasukkan dokumen rahsia polis dalam buku Nadia and the Securitate karya penulis Romania, Stejarel Olaru.

“Membiarkan gimnas kelaparan adalah perkara biasa buat Karolyis.

“Gadis-gadis ini terpaksa makan ubat gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana terlalu lapar, ada satu ketika mereka bercakap tentang minum air dari tangki tandas secara sembunyi kerana mereka selalu tidak dibenarkan minum air.

Nadia Comaneci ketika berusia 15 tahun dan memenangi pingat emas Sukan Olimpik Montreal 1976.

“Ada yang menderita bulimia. Mereka juga menjadi pakar dalam mencuri makanan dan akan menyembunyikannya di tempat-tempat yang tidak akan ditemui orang lain seperti di tirai,” tulis Olaru seperti yang disiarkan akhbar Daily Mirror.

Dalam wawancara yang tidak diterbitkan dalam buku itu, Comaneci mendakwa dia ditampar dan dibiarkan kelaparan kadangkala hingga tiga hari.

Sementara itu, dalam dokumen yang disimpan oleh perisik Romania, Karolyi kadangkala sengaja makan makanan yang sedap termasuk stik dan kerepek di hadapan kanak-kanak perempuan yang kekurangan makanan.

Comaneci, yang kini berusia 59 tahun dan tinggal di Oklahoma, berkata: “Saya tahu mengenai projek (Olaru) dan penyelidikannya tentang fail rahsia polis serta pemberi maklumat.

“Saya memberitahunya, semua memori itu saya tulis dalam buku Letters to a Young Gymnast. Tidak ada lagi yang perlu ditambahkan. Hidup diteruskan.”

BELA KAROLYI

Karolyi tidak menolak tuduhan itu ketika ditemu bual, malah dia berkata: “Sifat semula jadi saya tidak pernah puas. Tidak pernah cukup, tidak pernah.

“Gimnas saya adalah yang terbaik di dunia. Dan mereka menang – itu sahaja yang penting. ”

Dalam buku itu juga ditulis, pegawai polis amat terkejut dengan layanan yang diberikan ke kem latihan kendalian Karolyi dan isterinya, Martha.

Comaneci memahat sejarah ketika meraih tiga pingat emas dalam acara all-around, palang bertingkat dan batang titian di Olimpik Montreal 1976 apabila mengutip 10 markah sempurna.

Dia juga meraih dua pingat emas di Olimpik Moscow 1980 dalam batang titian dan senaman lantai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya