Demi MU Ronaldo sanggup potong gaji - Utusan Malaysia

Demi MU Ronaldo sanggup potong gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Cristiano Ronaldo mempertimbangkan hasrat untuk kembali ke Manchester United dengan serius, 11 tahun selepas meninggalkan Old Trafford.

Bintang Portugal itu sering dikaitkan dengan kepulangan ke Manchester, di mana dia telah memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga sepanjang enam tahun di bawah bimbingan Alex Ferguson.

Menurut laporan The Athletic, Red Devils  memantau situasi Ronaldo di Juventus dan jika kelab itu gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan, ia akan menguatkan alasan Ronaldo untuk berhijrah.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer juga masih berhubung dengan bekas rakan sepasukannya itu.

United sudah memberi isyarat kepada Ronaldo kelab bersedia menandatanganinya hujung musim ini dan pemain berusia 36 tahun itu bersetuju dengan perancangan mereka.

Terdapat laporan menyatakan jika Juventus gagal meraih tiket di saingan Eropah, tiada peluang lagi untuk Ronaldo kekal di Turin.

Juventus  dilaporkan sudah mengalah dan bersedia menerima tawaran sekitar 25 juta euro (RM126.11 juta) dari kelab lain untuk perpindahan Ronaldo.

Ronaldo juga bersedia berdepan pemotongan gaji bagi merealisasikan impian kembali ke United dan melonjakkan semula prestasi kelab itu sebelum bersara bersama kelab pertamanya, Sporting CP. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya