Copa America di Argentina digantung - Utusan Malaysia

Copa America di Argentina digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASUNCION: Penganjuran kejohanan bola sepak Copa America di Argentina digantung ‘selepas melihat keadaan terkini’ Covid-19, umum kata CONMEBOL hari ini.

Badan induk bola sepak Amerika Selatan itu yang menggugurkan Colombia sebagai tuan rumah bersama minggu lalu kerana ketidaktentuan pandemik berkata, mereka sedang memikirkan tawaran lain untuk meneruskan kejohanan.

“CONMEBOL ingin memaklumkan, selepas melihat keadaan terkini, kami mengambil keputusan untuk menggantung penganjuran Copa America di Argentina.

“CONMEBOL sedang menilai tawaran negara lain yang menunjukkan minat menganjurkan kejohanan peringkat benua itu,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Dalam satu kaji selidih yang diadakan di Argentina pada Jumaat lalu, 70 peratus responden menentang negara itu menganjurkan kejohanan bola sepak Amerika Selatan tersebut kerana sedang berdepan fasa terburuk pandemik Covid-19.

Kurang dua minggu sebelum Copa America dijadualkan bermula, Argentina sedang menjalani perintah berkurung sembilan hari dan mencatat rekod peningkatan harian kes berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya