Cools? Saya hanya fokus 25 pemain yang ada - Utusan Malaysia

Cools? Saya hanya fokus 25 pemain yang ada

DION COOLS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekalipun tidak mengiyakan atau menafikan kehadiran Dion Cools bersama skuad kebangsaan, namun pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe lebih suka memberi tumpuan kepada 25 pemain sedia ada.

“Kami tidak mahu komen tentang perkara itu kerana barisan jurulatih mahu terus fokus kepada 25 pemain yang ada ketika ini,” jawabnya ringkas ketika diajukan soalan sama ada Cools bakal menyertai pasukan.

Penyokong bola sepak Malaysia amat teruja apabila Harimau Malaya dikaitkan dengan pemain kelab Superliga Denmark, FC Midtjylland itu yang dikatakan bakal melapor diri Isnin ini.

Spekulasi bertiup kencang selepas Midtjylland mengeluarkan kenyataan bahawa Cools, 25, yang dilahirkan di Kuching dan berdarah kacukan Belgium-Malaysia mendapat panggilan skuad kebangsaan bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan depan.

TAN Cheng Hoe hanya berminat memberi tumpuan kepada pemain yang dibawa ke Dubai.

Sementara itu, Cheng Hoe mengakui, memenangi semua baki perlawanan Kumpulan G adalah jalan paling selamat untuk mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya kerana apa saja boleh berlaku jika mereka menamatkan kempen selaku naib juara.

Biarpun menyedari situasi itu, namun beliau tidak menganggapnya sebagai tekanan tambahan buat pasukan negara kerana inilah cabaran yang perlu dilalui jika mahu mara lebih jauh.

“Keputusan FIFA (badan bola sepak dunia) sedikit sebanyak dapat memberi gambaran, yang penting pemain kita perlu fokus kepada perlawanan akan datang.

“Sebarang keputusan kita tetap kena teruskan perjuangan kerana tiga perlawanan terakhir amat penting untuk Harimau Malaya, bola sepak Malaysia dan penyokong di negara kita.

“Kita perlu bekerja keras untuk dapatkan keputusan positif. Ia bukan tekanan yang terlalu tinggi kerana ia sejak awal lagi, itulah cabaran dan pemain dalam kempen kelayakan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya