Conte bakal tinggalkan Inter Milan - Utusan Malaysia

Conte bakal tinggalkan Inter Milan

ANTONIO CONTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Inter Milan yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Serie A buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun, tiba-tiba dikejutkan dengan berita jurulatih mereka, Antonio Conte bakal meninggalkan kelab 48 jam dari sekarang kerana berang dengan sekatan kewangan yang dikenakan oleh pihak pengurusan.

Menurut laporan La Gazzetta dello Sport,L Conte berang dengan presiden kelab, Steven Zhang selepas diberitahu beberapa pemain bintang perlu dijual dan pengurangan gaji akan dilakukan bagi mengurangkan beban kewangan.

Inter perlu memotong 20 peratus gaji pemain, selain menyasarkan untuk meraih 86.5 juta (kRM507 juta) hasil penjualan pemain.

Conte mengharapkan untuk mengeluarkan lebih banyak wang pada jendela perpindahan akan datang bagi memastikan Inter mampu mengekalkan kejuaraan Serie A, namun apa yang berlaku di luar jangkaannya.

Pengendali kelahiran Itali itu akan bertemu Zhang dalam beberapa hari ini untuk membincangkan butiran penamatan kontraknya yang dijangka menelan belanja sekitar 5.2 juta pound (RM30 juta).

Perkembangan jurulatih berusia 52 tahun itu dipantau rapat oleh Tottenham, ketika pengerusi mereka, Daniel Levy berusaha mendapatkan nama besar untuk menggantikan Jose Mourinho musim depan.

Inter pula sudah menghubungi jurulatih Lazio, Simone Inzaghi jika dia berminat untuk membimbing skuad Nerazzurri.

Pemergian Conte pasti satu tamparan hebat buat kelab, pemain dan penyokong selepas dia cemerlang membawa Inter merangkul kejuaraan Serie A pertama dalam tempoh lebih sedekad dan menamatkan dominasi Juventus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya