City juara Liga Perdana Inggeris - Utusan Malaysia

City juara Liga Perdana Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun selepas pencabar utama mereka, Manchester United tewas 1-2 kepada Leicester City di laman sendiri hari ini.

Tandukan Caglar Soyuncu pada minit ke-66 bukan saja memastikan Leicester meraih kemenangan pertama di Old Trafford dalam tempoh 23 tahun, malah membantu City dinobat selaku juara ketika saingan masih berbaki tiga perlawanan.

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer melakukan 10 pertukaran dengan hanya meninggalkan Mason Greenwood dalam kesebelasan utama demi memenuhi tuntutan perlawanan yang padat.

Soyuncu (kiri) meraikan gol kemenangannya di Old Trafford.
CAGLAR Soyuncu (kiri) meraikan gol kemenangannya di Old Trafford.

Sejurus tamat perlawanan, Solskjaer mengucapkan tahniah kepada pasukan jiran mereka atas kejayaan menjuarai liga musim ini.

“Jika kami mahu mencabar mereka, kami perlu kuatkan pasukan.

“Tahniah kepada City. Mereka telah mengharungi musim yang menakjubkan.

“Saya berpuas hati dengan persembahan pemain kami dalam tempoh 10 hari terakhir. Manchester City berada di depan kami dan muncul antara pasukan terbaik Eropah.

“Kami mahu mengambil langkah seterusnya (merapatkan jurang dengan City) dan perlu menguatkan pasukan dalam beberapa aspek,” kata Solskjaer

City mengumpul 80 mata selepas mengharungi 35 perlawanan, 10 mata mengatasi United manakala Leicester di tangga ketiga dengan 66 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya