Chelsea jumpa City di final Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

Chelsea jumpa City di final Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas sembilan tahun menunggu, Chelsea akhirnya kembali ke pentas akhir Liga Juara-Juara dengan menyingkirkan juara 13 kali, Real Madrid secara agregat 3-1 pada separuh akhir.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu beraksi cemerlang dan boleh menang 6-0 atau 5-0 pada separuh akhir kedua hari ini sebelum menamatkan permainan dengan kemenangan 2-0.

Lawan yang bakal ditentang Blues dalam final di Istanbul, 29 Mei nanti, Manchester City juga tidak terlalu menggerunkan kerana mereka menewaskan skuad bimbingan Pep Guardiola itu 1-0 pada separuh akhir Piala FA, 18 April lalu.

Chelsea juga akan bertemu City sekali lagi dalam kempen Liga Perdana Inggeris, Ahad ini selepas kalah 1-3 pada aksi pertama, Januari lalu.

Dalam perlawanan di Stamford Bridge, Timo Werner memberi permulaan sempurna buat Chelsea apabila meletakkan mereka di depan pada minit ke-25.

Ketika permainan berbaki lima minit, Mason Mount melengkapkan kemenangan Blues dengan meledak gok kedua.

Pada usia 22 tahun, 15 hari, Mount muncul pemain England kedua termuda menjaringkan gol di separuh akhir Liga Juara-Juara selepas Wayne Rooney (Manchester United, 21 tahun 182 hari).

Chelsea kini memburu kejuaraan Eropah kedua selepas muncul juara buat kali pertama pada 2012, menewaskan Bayern Munich. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya