Buffon rangkul Piala Itali bersama dua generasi Chiesa - Utusan Malaysia

Buffon rangkul Piala Itali bersama dua generasi Chiesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REGGIO EMILIA, Itali: Gianluigi Buffon menjulang Piala Itali buat kali keenam dan kali kedua bersama ahli keluarga Chiesa.

Juventus muncul juara musim ini selepas menumpaskan Atalanta 2-1 dalam final di mana Federico Chiesa menjaringkan gol kemenangan, 22 tahun selepas penjaga gol veteran itu memenangi Piala Itali bersama bapa Federico, Enrico ketika di Parma.

“Sebelum perlawanan saya berkata kepadanya: ‘Gigi, kamu telah memenangi banyak trofi tetapi saya juga mahu ingatkan, kamu pernah memenanginya bersama bapa saya. Malam ini kita cuba menang bersama,” kata Chiesa.

Ini juga adalah penampilan terakhir Buffon, 43, bersama Juventus yang akan ditinggalkan sebaik saja musim berakhir hujung minggu ini.

Buffon kembali ke Juvetus musim lalu selepas semusim menyertai gergasi Perancis, Paris Saint- Germain (PSG)

Chiesa, 23, pula dipinjamkan oleh Fiorentina kepada Juventus musim ini.

PENJAGA gol Juventus, Gianluigi Buffon dijulang rakan-rakan sepasukan.

Sementara itu, biarpun Juventus berdepan risiko gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan, namun kejayaan merangkul Piala Itali pagi tadi meyakinkan Andrea Pirlo untuk kekal sebagai pengurus.

Juventus menjulang Piala Itali kali ke-14 dan trofi kedua mereka musim ini selepas Piala Super pada Januari lalu.

Bagaimanapun kedudukan pasukan itu sama ada layak ke Liga Juara-Juara musim depan bergantung kepada aksi terakhir Serie A, Ahad ini.

Juventus yang kini berkedudukan kelima liga dengan 75 mata, satu mata di belakang pasukan tangga ketiga serta keempat, AC Milan dan Napoli akan bertandang ke Bologna.

Milan pula perlu berdepan Atalanta di tempat lawan, manakala Napoli menerima kunjungan Verona.

“Saya amat berminat mengendalikan Juventus sekali lagi tahun depan. Saya rasa saya menjalankan tugas dengan semakin baik dari hari ke hari, cuba memenangi final, saya suka kelab ini,” kata Pirlo.

PIRLO (kanan) bersama Buffon.

Kata Pirlo, kemenangan itu menjadi pemangkin semangat Juventus untuk memburu tiket Liga Juara-Juara selepas Inter Milan menamatkan dominasi sembilan musim berturut-turut mereka dalam Serie A

Dalam aksi di Stadium Mapei hari ini, Dejan Kulusevski membuka jaringan pada minit ke-31 sebelum pemain Atalanta, Ruslan Malinovskyi menyamakan kedudukan 10 minit berselang.

Chiesa muncul wira Juventus dengan meledak gol kemenangan ketika permainan berbaki 15 minit dalam perlawanan yang disaksikan penonton buat kali pertama selepas lebih setahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya