'Bro' sentiasa dalam ingatan - Utusan Malaysia

‘Bro’ sentiasa dalam ingatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemergian mengejut pemanah kebangsaan, Haziq Kamaruddin amat dirasai oleh kebanyakan atlet negara, terutama yang pernah berjuang bersamanya dalam Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA mahu pun temasya lain.

Penerjun negara, Wendy Ng antara yang terkesan dengan kehilangan Haziq, yang mesra disapa Bro dan dia menyifatkan Allahyarham seorang rakan yang sering menceriakan kontinjen negara.

Wendy yang pernah layak dua kali ke Sukan Olimpik pada 2012 di London dan 2016 di Rio, Brazil cukup mengenali Haziq yang turut layak ke pentas sama.

WENDY Ng berkongsi ingatannya bersama Haziq di Instagram.

“Bro (Haziq) anda akan dirindui selama-lamanya. Kenangan indah yang anda kongsi kepada kami akan sentiasa diingati sebagai individu yang baik. Rehat dan tenanglah di sana,” kata Wendy dalam Instagram.

Pelayar kebangsaan, Khairulnizam Mohd. Afendy mengakui, amat terkejut sebaik saja menerima berita pemergian Haziq pada usia 27 tahun.

“Allahuakbar luluh hati bila dpt tahu rakan seperjuangan dah tinggalkan kita. Takziah buat keluarga Haziq Kamaruddin pemanah negara. Semoga Allah S.W.T tempatkan beliau dalam kalangan org2 yg beriman. Al-Fatihah,” kata Olimpian negara itu dalam Facebook.

Bagi bekas pemanah kebangsaan, Cheng Chu Sian, Haziq mempunyai sumbangan besar dalam sukan memanah Malaysia.

“Terima kasih, Haziq Kamaruddin rakan sepasukan yang ceria dan membawa sukan memanah Malaysia menjadi lebih hebat.

“Kerja keras anda buat Malaysia sentiasa diingati, semoga tenang di sana,” katanya.

“Al-Fatihah untuk mu sahabat. Semoga di tempatkan di tempat orang-orang beriman,” kata jaguh lompat bergalah negara, Iskandar Alwi.

Impian Haziq untuk membuat penampilan ketiga Sukan Olimpik di Tokyo, Julai ini tidak kesampaian apabila menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Jenazah dibawa ke Hospital Kajang untuk menjalani ujian calitan sebelum menunggu arahan polis bagi proses bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya