Bos Gaurus 'terciduk' lagi - Utusan Malaysia

Bos Gaurus ‘terciduk’ lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tekanan semakin dirasai Perak apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tumpas 2-1 kepada Sabah dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, sebentar tadi.

Skuad Bos Gaurus yang tumpas 0-1 kepada Melaka United dalam aksi terakhir minggu lalu kini gagal mencari kemenangan selepas empat perlawanan.

Kekalahan terbaru meletakkan mereka di tangga ketiga tercorot, sekali gus memberi tekanan buat jurulatihnya, Chong Yee Fatt.

Permainan agak seimbang pada 15 minit pertama, namun tiada percubaan bahaya dilakukan kedua-dua pasukan walaupun Sabah beberapa kali mencemaskan kubu pelawat.

Bagaimanapun pada minit ke-26, Perak mengejutkan penyokong tuan rumah dengan meledak gol pembukaan menerusi sepakan bebas Nazirul Naim Che Hashim.

Tersentak dengan jaringan itu, Sabah menggandakan serangan untuk memburu gol penyamaan namun serangan bahaya mereka gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Pada minit ke-29, penjaga gol Perak Muhammad Hafizul Hakim cemerlang menumbuk percubaan  Alto Linus dari jarak jauh.

AKSI Sabah (merah) menentang Perak di Stadium Likas malam ini. – IHSAN SABAH FC

Memasuki babak kedua, Perak bermula agresif di awal permainan dengan melancarkan dua percubaan awal.

Pada minit ke-46, kecuaian penjaga gol tuan rumah, Robson Rendy Rining hampir membuatkan pintu golnya sekali lagi bocor namun Careca yang berjaya menyambar hantaran Robson gagal menemui sasaran yang diharapkan.

Begitupun gol yang dicari-cari Sabah akhirnya tiba pada minit ke-65 selepas Mohd. Amri Yahyah menyudahkan hantaran Alto.

Pemain gantian, Levy Madinda muncul wira Sabah apabila meledak gol kemenangan hasil sepakan bebas pada minit ke-79.

Kemenangan ketiga musim ini meletakkan Sabah di tangga kelapan liga menerusi 13 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya