Bos Gaurus makin parah ? - Utusan Malaysia

Bos Gaurus makin parah ?

PEMERGIAN ramai tonggak bakal memberi kesan kepada Perak FC apabila Liga Super bersambung, Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC bakal berdepan tugas getir apabila Liga Super bersambung 9 Julai depan selepas seorang demi seorang pemain meninggalkan pasukan, kurang seminggu sebelum jendela perpindahan kedua ditutup hujung bulan ini.

Tonggak pertahanan, Nazirul Naim Che Hashim mengesahkan bakal menyertai Sabah sebaik saja liga bersambung.

Pemain pertahanan Singapura, Shakir Hamzah pula dikatakan akan meninggalkan Bos Gaurus untuk menyertai kelab di Thailand, manakala pemain sayap, Firdaus Saiyadi dikaitkan dengan Selangor.

Di media sosial, dua tonggak import dari Brazil, Leandro dos Santos dan Careca dikatakan tidak hadir dalam sesi latihan pasukan semalam, sekali gus menimbulkan spekulasi mereka juga mungkin memilih untuk angkat kaki.

PEMAIN tengah dari Brazil, Careca turut dikaitkan dengan perpindahan.

Isu kewangan dan masalah gaji yang membelenggu Perak menyebabkan mereka sudah hilang empat tonggak utama, termasuk ketua pasukan, Shahrul Saad yang memilih untuk berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula.

Perak juga kehilangan pemain sayap, J. Partiban dan Kenny Pallraj yang menyertai Kuala Lumpur City.

Reda dengan penghijrahan besar-besar tonggak utama, pengendali pasukan, Chong Yee Fatt terpaksa mempertaruhkan pemain muda dari skuad Perak II untuk membantu mereka mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

PENGHIJRAHAN Shahrul Saad (kanan) dan Guilherme de Paula ke JDT memberi tamparan buat Bos Gaurus.

“Susah memang susah. Te­ngok daripada pelan peranca­ngan kita pun semua orang dapat menilai, cuma apa yang boleh dibuat untuk ketika ini, kita kena positif kerana liga belum tamat.

“Ada lagi masa, ada lagi perlawanan, jadi kita kena cuba untuk kekal,” kata Yee Fatt kepada Utusan Malaysia.

Biarpun cuba bersikap tenang, namun keresahan jelas membayangi Yee Fatt kerana Bos Gaurus kini hanya dipisahkan dengan satu mata dari zon penyingkiran.

Katanya, Perak FC masih mempunyai Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Amirul Azahan Aznan, Idris Ahmad, Rafiuddin Roddin dan Firdaus yang membuatkan beliau sedikit lega.

“Masih ada pilihan lagi. Kalau hendak dapat pemain yang lagi bagus dari luar bukan senang sekarang ni.

“Mereka pun was-was nak datang. Jadi kalau jadi macam itu nak tak nak kita kena promote budak-budak dari Perak II,” katanya.

CHONG YEE FATT

Justeru kata Yee Fatt, menggunakan sebahagian besar pemain Perak II bagi mengisi kekosongan ditinggalkan tonggak utama adalah pendekatan terbaik yang dimiliki ketika ini walaupun ada usaha daripada pihak pengurusan untuk memancing beberapa pemain luar.

“Pemain Perak II ini juga kita akan gabungkan dengan beberapa pemain senior yang mungkin akan kekal dengan Perak FC untuk baki saingan liga,” katanya.

Mengulas mengenai pemain import, katanya, setakat ini Nana Poku, Leandro  serta Careca kekal bersama Perak dan berkemungkinan akan ada import baharu ditandatangani untuk mengisi kekosongan De Paula.

“Bagaimanapun ia masih dalam cadangan (import baharu). Cuma, kalau berhasil, ia satu perkembangan positif pada kita untuk menambah kekuatan di bahagian sera­ngan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya