Bonnie raih emas Powerlifting Para Dunia - Utusan Malaysia

Bonnie raih emas Powerlifting Para Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bonnie Bunyau Gustin meraih motivasi tertinggi menjelang Sukan Paralimpik Tokyo apabila merangkul pingat emas kategori lelaki 72 kilogram dalam Piala Dunia Para Powerlifting di Bangkok hari ini.

Dia yang berjaya melakukan angkatan seberat 226kg bukan saja mencipta rekod peribadi terbaik, malah meletakkan dirinya dalam senarai teratas atlet layak ke temasya Paralimpik Tokyo 2021.

Bonnie, 21, turut melakukan angkatan seberat 229.5kg bagi memecah rekod dunia 229kg, namun gagal selepas cubaan kali keempat.

Dalam saingan berkenaan dia berjaya melakukan angkatan bersih 201kg, 220kg dan 226kg manakala pesaingnya yang lain tidak mampu melepasi angkatan 205kg.

Pemenang pingat perak dari Iran, Nader Moradi hanya mampu mengangkat 204kg. Dia cuba melakukan angkatan 211kg dan 212kg, namun gagal. Atlet Kazakhstan, Alexandr Daskov di tempat ketiga dengan angkatan 140kg.

Kejayaan Bonnie adalah lebih baik berbanding dengan catatan pemenang pingat emas Paralimpik Rio lima tahun lalu, Lu Lei yang melakukan 221kg.

Bonnie sebelum ini pernah merangkul kejuaraan Para Powerlifting Dunia dalam kategori 65kg di Kazakhstan, dua tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya