Amri tambah derita Zainal - Utusan Malaysia

Amri tambah derita Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amri Yahyah membuktikan dia masih berbisa pada usia 40 tahun apabila meledak dua gol ketika membantu Sabah mengatasi Melaka United 3-1 dalam saingan Liga Super, sebentar tadi

Kekalahan kedua berturut-turut meletakkan kedudukan pengendali Melaka, Zainal Abidin Hassan semakin bahaya kerana pertemuan dengan Sabah antara ‘talian hayat’ yang diberikan pengurusan pasukan kepadanya.

Jumaat lalu, Melaka turut tewas 1-3 kepada Kedah, dan itu bermakna Zainal telah gagal dalam dua daripada tiga peluang yang diberikan.

ZAINAL ABIDIN HASSAN

Dalam aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi tandukan Amri  seawal minit keenam.

Sabah kemudian melebarkan jurang 11 minit berselang menerusi Azzizan Nordin hasil rembatan cantik dalam kotak penalti setelah melepasi seorang pertahanan lawan.

Skuad Sang Badak menambah derita Melaka ketika dua minit selepas waktu rehat apabila sepakan gunting Amri menerjah masuk ke gawang gol, menjadikan kedudukan selesa 3-0.

AMRI Yahyah meraikan jaringannya di Stadium Likas. – IHSAN SABAH FC

Melaka terpaksa menunggu hingga ke minit ke-65 untuk menjaringkan gol hasil jaringan Fakhrullah Rosli yang menyempurnakan bola muntah penjaga gol Sabah, Robson Rendy Rining.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto mengumpul 16 mata dengan catatan menang, seri dan kalah masing-masing empat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya