Aksi United, Liverpool tertunda penyokong ceroboh Old Trafford - Utusan Malaysia

Aksi United, Liverpool tertunda penyokong ceroboh Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United menentang Liverpool yang sepatutnya berlangsung pukul 11.30 malam ini ditangguhkan selepas penyokong memecah masuk ke Stadium Old Trafford.

Gerakan anti-Glazer dilancarkan penyokong United, terutama selepas kelab itu menyertai rancangan pembentukan Liga Super Eropah yang menemui kegagalan bulan lalu.

Lebih 1,000 peminat berkumpul di luar stadium dengan membawa sepanduk yang menggelar pemilik United, Glazer sebagai ‘tamak’ dan mementingkan diri.

Mereka kemudian memasuki kawasan padang untuk meneruskan protes dan menyebabkan perlawanan terpaksa dibatalkan.

“Sangat penting pandangan penyokong didengar dan kami perlu berkomunikasi dengan lebih baik.

“Tugas saya adalah fokus kepada bola sepak dan menyediakan pasukan terbaik,” kata pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya