Aiman bermula langkah kanan di Rwanda - Utusan Malaysia

Aiman bermula langkah kanan di Rwanda

NUR AIMAN ZARIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Zariff mencuri tumpuan selepas bergelar Raja Bukit pada peringkat pertama Jelajah Rwanda, semalam.

Nur Aiman yang tiba di garisan penamat di kedudukan ke-57 paling menyinar di zon pendakian menerusi mata tertinggi yang dikutip.

Pengurus TSG, Mohd. Saiful Anuar Aziz berkata, pencapaian terbaik lain turut dilakar Carlos Quintero di tempat ke-26, Metkel Eyob (36), Artem Ovechkin (50), manakala Goh Choon Huat di kedudukan ke-56.

“Kami bersaing dengan banyak pasukan ternama dunia dan sasaran TSG kali ini adalah sekurang-kurangnya satu kedudukan podium.

“Selain itu kami berharap salah seorang pelumba dapat berada di kedudukan lima teratas keseluruhan (GC),” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Pada peringkat pertama perlumbaan berstatus 2.1 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu, johan diraih Brayan Sanchez daripada Team Medelin dengan catatan masa selama 2 jam 33 minit 43 saat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya