Adakah Liverpool akan bantu City kecewakan United? - Utusan Malaysia

Adakah Liverpool akan bantu City kecewakan United?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool mampu memberi kekecewaan berganda buat seteru tradisi mereka, Manchester United jika menang di Old Trafford esok.

Jika City mengalahkan Crystal Palace malam ini (7.30 waktu Malaysia) dan United tumbang kepada Liverpool esok, anak-anak buah Pep Guardiola akan dinobat sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih awal.

Kalah kepada musuh ketat di tempat sendiri dan terlepas trofi yang sudah lapan tahun tidak dimenangi pasti perkara yang cuba dielakkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

City semakin hampir bergelar juara musim ini dengan mendahului liga menerusi kelebihan 10 mata ke atas United ketika saingan berbaki lima perlawanan.

MANCHESTER United bukan saja akan dimalukan oleh musuh ketat mereka, malah mungkin terlepas kejuaraan EPL jika kalah kepada Liverpool esok.

Mereka juga masih segar dengan kejayaan menjuarai Piala Liga buat kali keempat berturut-turut dan meraih bekal selesa untuk ke final Liga Juara-Juara selepas menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1, Rabu lalu.

Kemenangan ke atas Palace bukan saja meletakkan City sebelah kaki menjulang kejuaraan, malah perlawanan itu akan menentukan pemilihan pemain untuk aksi timbal balik Liga Juara-Juara, Rabu depan.

Raheem Sterling, Gabriel Jesus, Sergio Aguero, Fernandinho, Ferran Torres dan Aymeric Laporte antara pemain yang tidak dapat beraksi di Paris dan kemungkinan akan memulakan perlawanan menentang The Eagles.

Palace hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan terakhir tetapi masih selamat untuk kekal dalam saingan EPL musim depan.

Sekiranya City menang, mata akan tertumpu ke Old Trafford untuk melihat sama ada juara bertahan, Liverpool mampu menghadiahkan gelaran awal buat mereka.

Liverpool lebih terdesak mengutip mata berbanding United bagi memastikan impian ke Liga Juara-Juara musim depan belum berakhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya