13 pemain JDT bawa cabaran Harimau Malaya - Utusan Malaysia

13 pemain JDT bawa cabaran Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nampaknya pengenali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak perlu pening untuk mencari kesefahaman dalam pasukan apabila daripada 25 pemain negara, 13 adalah tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah, beliau mengekalkan 19 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru pada Mac lalu.

Begitupun, Cheng Hoe terpaksa melupakan khidmat pertahanan kental, Shahrul Saad dan penyerang terbanyak Liga Super musim lalu, Shahrel Fikri Md Fauzi yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Bagi melengkapkan senarai 25 pemain, seramai tiga muka baharu telah disenaraikan iaitu penjaga gol, Samuel Somerville (Penang FC), Liridon Krasniqi (Newcastle Jets) dan Arif Aiman Mohd Hanapi (Johor Darul Ta’zim) serta tiga lagi pemain yang kembali dipanggil iaitu Safawi Rasid (Johor Darul Ta’zim), Dominic Tan (Police Tero FC) dan Junior Eldstal (Chonburi FC).

“Skuad Harimau Malaya akan mula turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama empat hari bermula 16 hingga 19 Mei ini sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi perlawanan persahabatan pertama (bukan Tier 1) bertemu Kuwait di sana pada 23 Mei.

“Kemudian pada 25 Mei, skuad Harimau Malaya akan terbang ke Manama bagi perlawanan persahabatan kedua (Tier 1) bertemu Bahrain di sana pada 28 Mei dan kembali ke Dubai pada 31 Mei bagi persediaan terakhir menghadapi baki tiga perlawanan kelayakan,” tulis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan media, hari ini.

Bagi empat pemain yang beraksi di liga luar iaitu Liridon, Junior, Dominic serta Luqman Hakim Shamsudin, mereka tidak perlu melapor diri di Kuala Lumpur pada 16 Mei, sebaliknya terus dari negara masing-masing iaitu Australia, Thailand dan Belgium untuk menyertai pasukan di Dubai pada 20 Mei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya