Zii Jia tidak sertai Terbuka India - Utusan Malaysia

Zii Jia tidak sertai Terbuka India

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia tidak akan menyertai Terbuka India bulan depan.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata, mereka akan memilih pemain yang bersesuaian untuk beraksi dalam kejohanan itu kerana ia turut menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik.

Katanya, mengikut keadaan semasa, beregu lelaki dan beregu wanita dilihat paling bekeperluan untuk ke kejohanan itu namun pihaknya berhasrat untuk menghantar lebih ramai pemain muda yang layak beraksi di sana.

“Mana-mana pemain yang berkelayakan akan dihantar beraksi ke sana.

“Untuk pemain muda, kami akan cuba hantar mereka menyertai sebanyak mungkin kejohanan bagi menaikkan kedudukan ranking mereka namun pemain perlu buktikan mereka layak beraksi di sana.

“Macam Cheam (June Wei) kedudukan ranking dia tidak mencukupi untuk ke Terbuka India tetapi masih ada peluang untuk ke Spain Masters, kami akan buat pertimbangan sebaik mungkin dalam isu ini,” katanya.

Selepas kejayaan di All England, baru-baru ini, Lee Zii Jia kini berada di kedudukan kelapan dunia dan peluangnya untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo sangat cerah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya