Zii Jia terima habuan saham - Utusan Malaysia

Zii Jia terima habuan saham

LEE Zii Jia (tengah) menerima habuan daripada Lim Yew Hoe (kiri) dan Tengku Syed Badarudin Jamalullail di Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia menerima bonus istimewa berupa 1,000 saham F&N bernilai RM30,300 selepas menjadi juara di kejohanan badminton All England, baru-baru ini.

Zii Jia menerima saham itu daripada Pengerusi Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&NHB), Tengku Syed Badarudin Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Lim Yew Hoe.

Pemain berusia 23 tahun merupakan duta jenama 100Plus, minuman isotonik keluaran F&NHB dan dia mengikuti jejak langkah Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan pertandingan tertua dunia itu.

“Kejayaan menjadi juara All England dan menewaskan dua pemain terbaik dunia iaitu Kento Momota dan Viktor Axelsen membuktikan Zii Jia memiliki masa depan cerah dalam sukan itu.

“Kami mengucapkan selamat berjaya kepada Zii Jia dan berharap dia akan melakar sejarah di Sukan Olimpik Tokyo nanti,” kata Pengurus Pemasaran Kanan 100Plus, Leong Wai Yin.

Sejak menjadi juara All England, dua minggu lalu, anak kelahiran Alor Setar itu berjaya meraih wang tunai sekitar RM331,838 merangkumi hadiah kejuaraan, insentif yang diberikan Persatuan Badminton Malaysia dan kerajaan negeri Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya