Zii Jia, beregu wanita dapat durian runtuh - Utusan Malaysia

Zii Jia, beregu wanita dapat durian runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia menerima imbuhan RM30,000 daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM)  atas kejayaan menjuarai All England, dua minggu lalu.

Insentif tersebut disampaikan Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam satu majlis di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara hari ini.

Zii Jia, 23, melakar kejutan merangkul kejuaraan perseorangan lelaki All England buat kali pertama selepas m mencipta sensasi dengan muncul juara Seluruh England buat kali pertama selepas menumpaskan juara bertahan da pemain No. 2 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9  dalam perlawanan akhir.

Terdahulu, pemain kelahiran Kedah itu turut mengejutkan pemain No. 1 dunia, Kento Momota pada separuh akhir dalam saingan yang berlangsung di Birmingham.

Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah turut menerima imbuhan atas kejayaan mara ke suku akhir All England seminggu selepas muncul juara Terbuka Switzerland.

Pasangan muda negara itu yang hanya membuat kemunculan sulung dalam All England menerima ganjaran RM15,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya