Woodward tinggalkan Manchester United - Utusan Malaysia

Woodward tinggalkan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas lapan tahun menggalas jawatan Naib Presiden Manchester United, Ed Woodward bakal meletak jawatan pada hujung 2021.

Keputusan itu diambil di tengah-tengah kontroversi Liga Super Eropah (ESL) yang dijangka menemui kegagalan selepas menerima banyak kecaman.

Woodward, 49, dikatakan tidak dimaklumkan mengenai rancangan pemilik kelab, Joel Glazer untuk menyertai liga kontroversi itu.

Bagaimanapun menurut talkSPORT, tiada pergeseran berlaku di antara Glazer dan Woodward, sebaliknya keputusan untuk meletak jawatan tahun ini sudah lama berada dalam perancangannya.

ESL yang disokong 12 gergasi bola sepak Eropah, termasuk United menerima kecaman dan bantahan pelbagai pihak kerana tiada penyingkiran akan berlaku ke atas pasukan yang menjadi ‘pengasas’ kejohanan.

Baru semalam, United mengumumkan untuk keluar dari Persatuan Kelab Eropah, manakala Woodward melepaskan jawatan daripada badan bola sepak Eropah, UEFA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya