Watford kembali ke EPL - Utusan Malaysia

Watford kembali ke EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Watford mengikut jejak Norwich City kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selaku dua pasukan teratas Liga Kejuaraan.

Kemenangan 1-0 ke atas Millwall hari ini sudah memadai untuk membawa anak-anak buah Xisco Munoz kembali ke kancah liga utama dengan mengumpul 88 mata.

Mereka tidak mungkin mampu dipintas pasukan tangga ketiga, Brentford yang ditinggalkan dengan 10 mata ketika saingan berbaki tiga perlawanan.

Sepakan penalti Ismaila Sarr memberikan Watford permulaan cemerlang tapi mereka dipaksa bertahan dalam aksi mendebarkan sehingga tamat perlawanan.

Sebelum pelantikan Munoz pada 20 Disember, Watford seakan sukar untuk layak secara automatik di bawah kendalian Vladimir Ivic.

Bagaimanapun, 17 kemenangan dalam 24 perlawananmembolehkan mereka mengatasi Brentford.

“Semua orang membantu saya. Saya mempunyai kumpulan besar di belakang dan ia perjalanan cemerlang sepanjang musim.

“Saya sangat bertuah mempunyai hubungan baik bersama pemain, semu berkerja dengan idea dan semangat sama,” kata Munoz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN