Ujian pengesanan Covid-19, Isnin ini - Utusan Malaysia

Ujian pengesanan Covid-19, Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesemua atlet serta jurulatih serta pegawai Institut Sukan Negara (ISN) akan menjalani ujian pengesanan Covid-19 bermula Isnin ini secara berperingkat di Casa Majlis Sukan Negara (MSN) bagi mencegah penularan wabak itu.

Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md. Ramli menasihatkan mereka untuk mengelakkan diri daripada berada di tempat sesak dan hanya keluar dari rumah sekiranya perlu sahaja.

Mereka juga disarankan untuk mengambil vaksin bagi menjamin tahap keselamatan dan kesihatan diri masing-masing serta masayarakat di sekeliling mereka.

“Pelaksanaan perkhidmatan sains sukan akan dilakukan dengan kawalan rapi melibatkan aspek pemakaian PPE mengikut SOP (prosedur operasi standard) perkhidmatan. Sebagai contoh, pelaksanaan sesi konsultansi dan pendidikan secara individu dijalankan di ruang terbuka dengan penjarakan sosial.

“Pelaksanaan sesi ujian pula, jumlah atlet yang terlibat dalam sesuatu masa adalah dikawal bergantung kepada saiz kawasan ujian bagi mengelakkan sentuhan dan kesesakan kawasan terlibat.

“Selain itu, hanya 35 orang sahaja dibenarkan menggunakan gimnasium pada setiap sesi dengan sanitasi gimnasium akan dilakukan dua kali sehari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Faedzal Md. Ramli

Dalam perkembangan sama, pemantapan SOP seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap membasuh tangan perlu diamalkan setiap atlet, jurulatih dan kakitangan ISN selain perlu mendaftar masuk menggunakan aplikasi Mysejahtera selain saringan suhu badan.

Kelmarin, sejumlah lapan lagi atlet badminton disahkan positif Covid-19 dan ia berpunca daripada enam kes pertama yang dilaporkan sebelum ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan mengenainya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah mengambil langkah sewajarnya termasuk menghentikan latihan sementara selain menjalankan proses pembersihan serta pengasingan diantara atlet serta kakitangan di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Semua lapan pemain yang dijangkiti itu sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang bagi menjalani kuarantin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN