THT nafi hajat besar UniKL - Utusan Malaysia

THT nafi hajat besar UniKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan Hoki Terengganu (THT) menafikan hajat UniKL untuk merangkul kejuaraan treble musim ini selepas dinobat sebagai juara Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan skuad bimbingan K. Rajan itu bagaimanapun tidak hadir dengan mudah apabila diheret ke penentuan penalti ke selepas terikat 4-4 dalam tempoh 60 minit.

Jaringan penalti THT disempurnakan oleh Syarmat Mat Tee dan Muhammad Noor Firdaus Rosdi.

Empat gol THT menerusi Faizal Saari pada minit ke-15 dan 38, Arif Syafie (m-17) dan Akhimullah Anuar (m-21).

Gol UniKL pula menerusi Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-9 dan 13, Razie Rahim (m-35) dan Ashran Hamsani (m-51).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN