Semangat juang Pahlawan Merah luar biasa - Utusan Malaysia

Semangat juang Pahlawan Merah luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan FC Marco Ragini kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan The Red Warriors (TRW) ketika mengalahkan Kelantan United 2-0 dalam aksi Liga Perdana semalam.

Katanya, meskipun beraksi dengan 10 pemain selepas Jack Hindle dibuang padang susulan menerima kad kuning kedua pada minit ke-63 namun anak-anak buahnya kental bertahan hingga tamat perlawanan.

Lebih mengembirakan Ragini, semua barisan pemain TRW mengikut segala taktikal yang telah diaturkan sepanjang perlawanan itu.

“Hasilnya kita berjaya menghasilkan gol kedua seterusnya Kelantan FC keluar sebagai pemenangan pada aksi ‘perseteruan Kelantan’ itu.

“Saya berterima kepada seluruh pemain yang telah memberikan aksi terbaik. Begitu juga kepada pemilik pasukan (Norizam Tukiman) yang turut memberikan sokongan padu buat pasukan,” katanya.

PEMAIN Kelantan FC meraikan kejayaan menewaskan Kelantan United semalam. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK

Kelantan FC yang turun sebagai pelawat terlebih dahulu bersorak gembira apabila memperoleh jaringan pertama menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Hindle pada minit ke-15.

Pemain gantian, Nurshamil Abd. Ghani membunuh sisa-sisa perjuangan Kelantan United dengan meledakkan gol kedua TRW pada masa kecederaan.

Sementara itu, pengendali Kelantan United, Akira Higashiyama berlapang dada menerima kekalahan itu.

“Kalah tetap kalah, kami kalah dua gol tanpa balas . Namun berjaya menciptapeluang pada babak kedua.

“Bagainamapun pada saat akhir kami buat kesilapan,” ujarnya.

Mengulas tentang jentera serangan Kelantan United, Higashiyama mengakui mereka ada peluang tetapi gagal disempurnakan dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya