Selangor II bangkit ikat Terengganu II - Utusan Malaysia

Selangor II bangkit ikat Terengganu II

PEMAIN sayap TFC II, Mohd. Haidhir Suhaini (kanan) menanduk bola sambil dikawal ketat pemain Selangor FC 2 dalam aksi yang berkesudahan 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Selangor II bangkit daripada ketinggalan untuk mengutip satu mata selepas mengikat Terengganu FC (TFC) II 2-2 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini sebentar tadi.

Beraksi dalam hujan tidak merencatkan awal permainan yang menyaksikan pelawat mula menguji kubu tuan rumah menerusi percubaan luar kotak T. Saravanan pada minit ke-14.

Selang seminit Terengganu FC II memiliki peluang terbaik, namun tandukan Jordan Mintah gagal menepati sasaran walaupun penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman sudah tertewas.

Kem tuan rumah akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-23 selepas sepakan percuma mengelirukan Mintah cukup untuk menewaskan Sikh Izhan di pintu golnya.

Aksi selepas rehat semakin rancak apabila Terengganu FC II menjadikan kedudukan 2-0 menerusi gol kedua peribadi Mintah hasil sepakan leret pada minit ke-57.

Penyerang Selangor II, George Tetteh Attram memberikan talian hayat kepada pasukannya pada minit ke-64 selepas menyudahkan sepakan penalti untuk merapatkan jurang 1-2.

Kesilapan penjaga gol, Shafawi Mohamad yang gagal membaca sepakan Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan dari jarak sukar memberikan gol penyamaan untuk Selangor II, sekali gus memadam kelebihan Terengganu FC II pada minit ke-71.

Hasrat tuan rumah untuk memperoleh gol kemenangan di hujung permainan tidak kesampaian selepas tandukan Mintah (m-87) dikeluarkan Harith Haiqal Adam Afkar di atas garisan gol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya